Pages

Ads 468x60px

Sunday, September 13, 2009

LAILATUL QADAR atau LET TO KAMDAR ?

“Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.”

Al-qadr 1-3

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita telah pun berada di penghujung bulan ramadhan, beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Sama ada kita dalam keadaan sedia atau tidak ramadhan tetap akan meningggalkan kita. Maka beruntunglah bagi sesiapa yang telah melalui ramadhan ini dengan penuh keinsafan dan penuh pengharapan keampunan dari ALLAH, dan amat rugilah orang yang tidak mempeolehi apa-apa kesan sepanjang bertamunya Ramadhan.

Seperti yang kita sedia malkum, kalau bercakap tentang bulan ramadhan, kita pasti tidak terlepas beberapa peristiwa besar yang terdapat padanya, iaitu Nuzul Quran dan Badar Qubra. Dan boleh dikatakan kita amat perihatin kepada dua peristiwa di atas sehinggakan cuti rasmi di adakan bagi memperingatinya. Namun kita sering terlupa atau kita tahu, tapi sengaja kita lupakan untuk peristiwa yang lebih penting berlaku di bulan ini. sebagai mana yang telah di rakamkan oleh ALLAh melalui firmanya yang telah di nyatakan di atas. Allah telah menyediakan satu malam yang mana kemuliaanya melebihi seribu bulan. Allah mempromosikan pelbagai jualan (pahala dan pengampuanan) kepada hamba-hambaNya yang senantiasa menburu rahmat dan keampunaNya.

Namum, terlalu kecil kelompok hamba yang berminat dengan tawaran yang di sediakan oleh ALLAH, bahkan tawaran sementara dari sesame makhluk juga yang di dambakan oleh mereka. Cuba perhatikan, di saat-saat akhir Ramadhan bersama kita, mana yang lebih manjadi tumpuan, SUPERmarket ALLAH atau SUPERmarket manusia? Promosi gajaran pahala atau diskaun raya? Dan kemeriahan Lailatul Qadar atau kesibukkan Kamdar yang menjadi keutamaan?

Untuk yang terakhir kali, di kesempatan masa yang kita miliki ini, ayuh bersama-sama kita mengambil sedikit masa untuk memuhasabahkan diri kita sepanjang sebulan Ramadhan yang kita telah lalui. Adakah kita tergolong dalam golongan yang berjaya bergraduet dengan cemerlang atau, kiat masih lagi gagal mencapai target sebenar Ramadhan.

salam perubahan dan kebebasan.

Salam Ramadhan Kareem untuk semua pembaca, moga kalian semua masih lagi berada dalam mood Ramdhan dan sentiasa di payungi rahmat ALLAH. Alhamdulillah, sedar tak sedar kita telah pun melangkah ke fasa ketiga ramadhan, fasa yang terakhir yang mana padanya terdapat satu malam yang mana ganjaran pahalanya melebihi seribu bulan. Hal ini telah di rakamkan oleh ALLAH melalui firmannya yang berbunyi:

Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.-Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? - Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. (al-qadr 1-3)

Begitulah janji ALLAH kepada hambanya yang sering mendambakan keampunan dari tuhannya. Pada malam itu jugalah Al-quran yang selama ini menjadi kitab panduan untuk orang yang beriman di turunkan. Antara lain kelebihan yang di janjikan oleh ALLAH pada Lailatul Qadar ialah, di ampunkan akan dosa hamba-hambanya yang telah menghidupkan malam itu dengan penuh pengharapan dan ke imanan. Firman ALLAH yang bermaksud:

Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

Di antara tawaran lain yang di janjikan oleh ALLAH pada Lailatul Qadar ialah, di janjikan pelepasan dari azab kubur.

Rasulullah SAW sendiri apabila tibanya sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan, baginda akan melipat gandakan amal ibadahnya melebihi malam-malam sebelumnya. Hal ini di gambarkan oleh isteri beliau Aisyah r.a.:

Adalah Rasulullah SAW apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya dan mengikat pinggangnya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Ini menunjukkan betapa bersungguhnya seorang kekasih ALLAH untuk mencari keampunan ALLAH. Bahkah baginda tidak pernah mengabaikan ahli keluarganya bila mana mahu beribadah kepada ALLAH walaupun itu sekadar ibadah sunat, ini membuktikan yang Rasulullah merupakan seorang ketua keluarga yang menjadi contoh kepada seluruh orang islam.

Begitulah tawaran-tawaran yang telah di iklankan oleh ALLAH melalui ayat-ayatnya kepada hamba-hambaNya yang beriman kepadaNya. Namun apa yang mendukacitakan, umat islam sekarang khas nya di Malaysia kurang berminat dengan promosi-promosiyang di tawarkan oleh ALLAH ini, bahkan mereka lebih tertarik kepada promosi-promosi yang di anjurkan oleh sesama mereka.

Inilah antara-antara promosi-promosi menarik yang telah di tawarkan oleh makhluk kepada makhluk yang telah Berjaya mengaburi umat islam terhadap promosi dari tuhan mereka sendiri yakni ALLAH.

Mereka lebih terpesona melihat diskaun

keatas yang di kenakan keatas sehelai baju melayu/ baju kurung dari tawaran pelepasan azab kubur dari ALLAH. Mereka lebih teruja untuk mengejar ganjaran mata (point) yang di tawarkan oleh manusia berbanding ganjaran mata (pahala) dari ALLAH. Dan begitulah sikap umat islam di akhir zaman ini, mereka kebanyakkannya lebih tertarik dengan ganjaran sementara di dunia berbanding ganjaran hakiki di akhirat nanti.

Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala keppadamu dan dia tidak akan memint harta-hartamu. (Muhammad 36)

Oleh itu, di kesempatan yang kita ada ini, aku mengajak diriku dan juga pembaca-penbaca sekalian untuk mengambil sedikit masa untuk bersama-sama kita memuhasabahkan diri kita, adakah kita ini tergolong pada golongan yang mengejar ganjaran dunia yang sementara atau ganjaran akhirat yang selama-lamanya. Bersama-samalah kita menyertai golongan yang mencari Laitul Qadar, bukan golongan yang menunggu Lailatul Qadar.

Salam perubahan dan salam pembebasan.